Friday, August 13, 2010

J*a*M*u*A*n H*a*R*i G*u*R*u 2*0*1*0

Assalamu'alaikum,
Hai,ni gambar semasa Jamuan Hari Guru di Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Madrasatul Ikhwan Puchong Perdana.Gambar ni diambil oleh kawan saya iaitu Shuaibah Ainiah menggunakan telefon bimbit Ustazah Fauzita.Ni la kelas saya kelas 5Ilmu.Best masa jamuan ni.Masa nak tangkap gambar punya la susah sebab ada je yang tak jadi.Saya seorang pengawas kebersihan.Saya memakai tudung dan kain berwarna hijau muda.Saya ni tak de la garang sangat biasa la pengawas yang lembut la kata kan...selalu tersenyum sendirian.Ramai orang kata saya ni baik.che wah...Baik baik juga tanggungjawab jangan lupa.he.he.he...Saya ada kawan yang selalu suka ikut saya iaitu Nur Khairunnisa bt Nor Khairuddin.Dia ni pengawas kebersihan juga.Dia ni mesti kejar saya dekat sekolah agama bila saya lari daripada dia.Saya lari sebab saya nak cepat kalau jalan lambat lagi pun,kalau berlari badan sihat otak tak cergas otak cergas la...Saya memang suka berlari tapi kalau tak ada orang kejar saya dekat belakang mesti saya lari tak laju kalau ada mesti laju.Sebab orang yang kejar saya tu saya bayangkan macam sesuatu benda yang maenkutkan.Ni dah lari daripada topik ni...Kita balik kepada topik.Masa jamuan ni best...Tapi yang tak bestnya kena kacau dengan budak lelaki.Bila budak perempuan ambil air mesti budak lelaki baling makanan dalam air.Lepas tu jatuh kan air dalam makanan saya.Hish geram betul la.Masa nak tangkap gambar ni budak lelaki sebelah saya tu dia saja je nak dekat-dekat sebab nak gambar dia ada lagi saya ketepi lagi tu dia nak dekat-dekat buat malu je...Bila balik rasa gembira sangat.... Ni la kisah saya bersama aktiviti sekolah.. bye.bye...

1 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt..
    Wani, masa zaman akak pun sama.
    zaman sekolah memang banyak meninggalkan kenangan terindah..Masa akak sekolah agama rendah, main kejar-kejar dengan kawan sampai ada sorang budak lelaki marah-marah.
    Siap panggil akak 'singa betina'..
    Kelakar kan?
    Yang penting, masa kat sekolah kena la dengar cakap cikgu/ustaz/ustazah, dan berikan perhatian masa belajar, tak salah nak main tapi kena ikut masanya la ye Wani.
    Teruskan cerita anda...

    ReplyDelete